NADI Mahir Masak Intake 3 (Minggu ke-4)
4 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 3 Februari 2026, seramai 3 orang peserta NADI Pekan Machan telah menyertai NADI Mahir Masak pada pukul 9.30 pagi hingga 11.00 pagi. Pada minggu ke-4 ini, peserta diajar cara membuat cookies dengan betul, bermula daripada penyediaan bahan, teknik mencampur adunan, sehinggalah proses membakar. Kelas ini penting bagi memastikan peserta memahami langkah-langkah pembuatan cookies yang tepat, bersih dan selamat bagi menghasilkan cookies yang sedap, ranggup serta berkualiti.
Cikgu memberi penerangan dan demonstrasi kepada peserta berkaitan proses pembuatan cookies, termasuk pengenalan bahan-bahan yang digunakan serta fungsi setiap bahan dalam adunan. Peserta turut didedahkan kepada teknik penyediaan adunan yang betul, suhu dan masa pembakaran yang sesuai, serta tips untuk menghasilkan cookies yang sempurna. Melalui sesi ini, peserta dapat membuat persediaan awal dari segi peralatan dan bahan masakan serta lebih yakin untuk mencuba membuat cookies secara praktikal.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: